Luahan Rasa Hati

Saturday, October 23, 2010

ketika ini...

Mungkin patut aku diam diri.
Kejar cita-cita.
Lupakan segalanya.
Ingat ALLAH yang Satu!
Terus berjuang dengan segala rasa.
Jangan terlalu ikutkan rasa nanti mati.
aku cuba! mesti boleh.
tapi aku tak boleh biarkan kawan aku sendirian dalam masalah.
along aku cakap aku banyak masalah,
tapi bila difikirkan masalah itu bukan datang dari aku,
tapi masalah kawan aku pikul atas bahu aku,
aku tak boleh pentingkan diri sendiri.
itu bukan aku, aku pentingkan kawan dalam hidup.
jadi bila kawan dalam masalah, aku akan cari cara untuk selesaikannya.
sebab tuh ada yang lihat aku macam BERMASALAH.
aku jenis yang prihatin, terliti, berperikemanusiaan.

Aku tak harapkan balasan apa-apa.
Aku buat kerana aku sayang dia,
dan yang penting aku harap ALLAH Terima,
niat baik aku itu.

Aku cuba jadi terBAIK untuk semua,
aku cuba puaskan hati semua orang.
aku nak yang terbaik untuk kawan-kawan aku.
Aku harap kau faham.
aku sayang korang SAHABAT.
kalau boleh semua nak ku terima jadi sahabat.
Tapi cukuplah dulu dianggap kawan.
Sahabat itu susah sgt nk jumpe yang benar2 ingin jadi sahabat.

Ya ALLAH, semoga aku tabah hadapi perjalanan kehidupan ini...

No comments: