Luahan Rasa Hati

Monday, October 25, 2010

Cinta yang satu ...


Cinta, aku juga pernah bercinta.
merasai nikmat sayang menyayangi antara satu sama lain,
dihargai, dipuji, disayang, disanjung, dijaga dan di-di yang lain bila bercinta.
Aku juga pernah mempunyai kekasih hati.
Tapi kini hanya tinggal kenangan,
cerita cinta itu tinggal sejarah.

Pengalaman mengajar aku pelbagai perkara.
Aku kini dapat petunjuk ke jalan yang benar.
Kasih mengasihi antara orang yang tiada ikatan yang sah.
HARAM disisi islam. kerana kita menghampiri Zina.
ALLah tidak menerima hambanya menghampiri zina.
Walau kita tidak melakukan hubungan batin,
Tapi Couple atau berpasangan telah menghampiri ke arah itu.

Bila banyak mempelajari tentang agama kita yang indah ini,
terlalu banyak nikmat yang kita tak sangka.
dan kita terlalu bertuah.
kerana beragama islam, Ya ALLAH..
aku masih mempelajari, dan mendalami ilmu agama ini.
Aku bukan nak menunjuk atau cakap aku nie baik.
Tapi sungguh bertuah seseorang itu apabila sudah diberi peluang,
untuk bertaubat dan memperoleh hidayah dari ALLAH SWT.

Dulu ketika aku mempunyai kekasih.
seperti yang lain aku bahagia,
aku dihargai, dikasihi. aku terlalu bahagia.
Tapi aku lupa waktu itu dan tidak sedar,
ALLAH itu maha segalanya,
kasih yang aku anggap kekal selamanya,
putus dipertengahan jalan.
Sakitnya perasaan ketika itu,
Tuhan saja yang tahu.

Namun aku tidak putus asa,
kasih bertandang lagi,
dan seterusnya aku tidak serik.
cinta itu membuat aku rasa bahagia, aku fikir indah segala.

Tapi Allah itu maha BERKUASA,
aku berjumpa dengan seorang sahabat,
yang membimbing, memingatkan , dan menyedarkan aku,
Tentang keindahan, dan nikmat yang telah ALLAH kurniakan bagi kaum hawa.
kita telah diciptakan oleh tulang rusuk lelaki yang akhirnya nanti akan menjadi milik kita.
Aku sedar, untuk apa aku mengejar cinta yang tak pasti .
yang akhirnya akan membuat aku kecewa.
Sedangkan cinta yang satu sudah tercipta untukku.

Aku insaf, waktu itu aku masih mempunyai hubungan dengan seorang laki,
setelah dinasihatkan oleh sahabat aku ini,
aku berpisah cara baik.
dan lelaki itu, faham niat baik aku.
Terima kasih..

Kini aku bahagia, memburu cinta ILLAHI,
Walau adakalanya, perasaan cemburu melihat pasangan bercinta,
Terkenang cerita cinta antara aku dan mereka.
Hati aku meronta-ronta untuk bercinta.
Walau ada yang meminta kasih,
aku diam seribu bahasa.
dan akhirnya kasih berlalu pergi begitu saja.
Aku harus kuat, tak boleh terlalu mengikut hawa nafsu.
Yang akhirnya memakan diri aku sendiri.

"Alhamdullilah, Ya ALLAH kau beri aku pertunjuk.
kau sedarkan aku daripada angan-angan kosong ini.
Kau beri aku peluang untuk bertaubat padamu,
semoga aku dapat menahan naluri kewanitaan aku ini,
semoga aku dapat memberi CINTA YANG SATU ini,
pada lelaki yang telah kau cipta untukku"

No comments: