Luahan Rasa Hati

Wednesday, October 13, 2010

Ketabahan.

Benar aku sudah terkasar bahasa,
Aku tidak tahu apa yang patut aku katakan lagi,
kerana ada yang akan faham,
dan ada yang buat-buat tak faham.

Disini terpaksa aku tempuh dua sifat manusia,
ada yang menyokong dan memberi aku semangat.
ada yang mencela dan menyalahkan semua pada aku.

Aku cuma mahukan yang terbaik untuk semua,
Bila aku bersuara ada yang sakit hati,
Bila aku berdiam diri terasa semua salahku,
Jadi apa yang patut aku buat ?

Semua salah aku ? Semuanya beban di bahu aku ?
Mungkin, biarlah aku rela.
Tuhan Maha ADIL !
Mereka tak tahu kebaikan segala ini,
Aku akan bersangka baik pada-Mu.

Mungkin mereka tak nampak lagi kebaikan itu,
kerana sebenarnya apa yang cuba aku lakukan adalah satu keindahan,
Biar hujan turun dengan lebatnya,
Kerana aku tahu Tuhan akan tinggalkan pelangi di hujung cerita ini.

Biarkan dulu, semua perlu diberi masa sejenak,
untuk berfikir.
Nampak seolah-olah aku kurang ajar,
Tapi aku pasti,
Ada satu kebaikan yang besar untuk kita SEMUA !

No comments: