Luahan Rasa Hati

Sunday, October 31, 2010

Hati banyakkan bersabar..

Malam yang dingin membuat aku berfikir panjang,
adakah dari hari ke hari,
islam ini akan terus dipersendakan.
Sedangkan mereka tahu hukum itu.

Kecewa aku hari ini,
melihat orang islam semakin malas,
menuju ke majlis-majlis ilmu.
Apakah tidak berharga ilmu itu bagi mereka ?

Sedih aku dengan cara remaja kini,
yang pentingkan kedunian.
Tanpa memikirkan dosa dan balasan di akhirat sana,
Benar masa muda cuma sekali,
tapi tak bermakna kita boleh buat sesuka hati,
Lebih baik masa muda kita,
kita habiskan dengan perkara yang faedah.
JANGAN ingat dah tua baru nak taubat.
Sebab kita tak tahu bila ajal kita akan datang.
Dan tak semestinya orang Tua akan mati dulu.
Sesungguhnya ALLAH itu maha BERKUASA !

Kini aku dan Sahabat aku HAMIZA!
akan bersama-sama berpimpin tangan.
dalam memperjuangkan agama ALLAH..
Aku tak mahu Remaja masa kini terus hancur.
Kerana masa depan akan datang,
Ditentukan pada zaman kini.
Jika remaja hancur ketika ini,
apakah akan jadi pada negara kita akan datang ?

Ya ALLAH, kau permudahkan, kau berikan kesabaran,
kau berikan kami semangat yang kental dalam
memperjuangkan agama mu ini ..
Sesungguhnya Kami hambaMu yang Lemah,
tanpa Bantuan DariMU... T_T

No comments: