Luahan Rasa Hati

Thursday, September 29, 2011

Bila perlu katakan selamat tinggal ...

Semalam akhirnya aku berterus terang pada dia , apa yang berlaku .
nasib baik dia jenis yang menerima . Tapi aku tahu dia menahan sabar dengan aku .
kenapa aku begitu kejam ? Dia telalu baik . kenapa aku perlakukan dia begitu .
Satu saja kelemahan aku , aku tak reti nak REJECT orang .
walaupun aku selalu kena reject ! hmmmm .
jadi kehadiran dia , saat aku dalam delima bersama kau .
membuat aku memberi dia harapan .

Dia berusaha, terus berusaha mengambil hatiku .
dan dalam masa yang sama kau berusaha memulihkan keadaan kita.
Dengan lemahnya aku kembali pulih dengan kau menjalin kasih .
dan DIA ? apa perlu aku tinggalkan ?
sedangkan dia sentiasa ada di saat aku perlukan seseorang .
dia menceriakan aku , dia membuat aku kembali semangat .

Aku tak boleh lepaskan dia . dan kau sayang .
jadi aku menduakan cinta kita.
dia kekasih gelapku , namun aku tidak menceritakan .
tentang kita. Dalam fikiran dia , kita sudah berpisah .

aku kejam ! Jahat!
kenapa aku sanggup memainkan perasaan orang .
namun kerana aku menyesal .
aku jujur .
dan ternyata dia seorang yang tabah dan menerima .
walaupun aku tahu .
Hati dia Sakit,Perit, hancur :(

maafkan saya MON ...................
p/s : Walau saya bukan milik awak ,
tapi awak sentiasa dalam hati saya....

No comments: