Luahan Rasa Hati

Sunday, August 21, 2011

kenapa kau tidak bertindak ?

Between Heaven & Misery

"Dengan ini kelas anda di block dari pertandingan keceriaan kelas.
kerana sudah memang Juara dan tidak perlu bertanding lagi "...

kata-kata itu ... aku dengar ketika berhimpun di pagi isnin yang
sudah lama berlalu ..

namun baru sekarang , aku sedar dan aku tanya pada diri sendiri .
kenapa aku tidak bertindak ? sedangkan aku ketua keceriaan kelas.
sepatutnya aku bersuara ! dan itu memang aku .
selalu bersuara menegakkan keadilan untuk diri aku, juga orang lain .

Semalam ! yew, semalam . seseorang yang sedarkan aku .
bukan diri aku sendiri . dia sedarkan aku .
kenapa aku tidak bertindak .

Hari ini aku dapat jawapan .
atas segala persoalan yang bermain di minda.

Aku berdiam diri sebab .
bagi aku buat apa ? aku pertahankan sesuatu .
yang telah lama berkubur dalam jiwa.
aku tiada semangat lagi di situ .
semua sudah habis di makan oleh hati .
terlalu banyak perkara yang aku lalui di situ .
membuat keceriaan itu hilang menjadi suram .

maafkan aku kalian .
tapi hati ini dah banyak kali makan dalam .
aku cuma berusaha .
tahan dan simpan .
juga malas nak ambil tahu hal lain .
yang aku mahu .
tinggal situ .
dan kutip semua ilmu yang gugur diberi cikgu .
benda lain , hal lain , tentang kalian .
akal dan jiwa.
tertutup .
cukuplah terhenti di sini .


No comments: