Luahan Rasa Hati

Monday, November 8, 2010

menanti sebuah pertanyaan ...

The Dark Intrigues Me ...
Kadangkala kita akan berjauhan dengan seseorang.
Dan ada masa juga kita akan jatuh cinta pada seseorang.
Kerana semua ini tanpa di duga.
Ianya datang dan pergi begitu sahaja .

Adakah kita pernah jatuh cinta pada seseorang.
Dan kita hanya mendiamkan diri,
dan menunggu dia melafazkannya dahulu.
Tapi bilakah masa itu akan tiba ?
Hati cukup terseksa menunggu kata-kata,
yang membuat hati berbunga-bunga.

Daripada hati terus menderita dan jiwa memberontak.
Apa kata kita memulakannya dahulu,
Bila kita jatuh cinta,
Berterus teranglah pada si dia.
Jika cinta ditolak ,
Tak perlu lagi menunggu kasih yang tidak akan pernah tiba.
Dan terus mencari cinta sejati itu .
Biarkan rasa itu hilang sekelip mata,
daripada menanti jawapan yang menyeksa jiwa.

Dan begitu juga bila berkawan tapi berjauhan.
Menunggu disana bertanya khabar.
Entah bila atau sudah lupa.
Demi ingin menjaga sebuah perhubungan yang murni.
Kita mulakan dulu khabar berita.
Agar disana ingat kita disini,
Sentiasa mengingatinya.
Jika menunggu, Mungkin disana sibuk,
hingga lupa kita disini.
Kerana disana terlalu banyak perkara yang ingin diselesaikan .
Hingga lupa perkara-perkara begini.
Tapi jangan fikir dia melupakan kita.
Kita usaha agar dia sentiasa ingat akan kita.

Oleh itu, Jangan hanya menyeksa jiwa dan raga.
Untuk menanti sebuah pertanyaan yang ingin sekali
di dengar pada telinga... :)
Ingatan untuk semua..

No comments: