Luahan Rasa Hati

Wednesday, November 3, 2010

Cerita penuh keseksaan... !

Tumblr
Pada saat pertama aku menjejaki kaki ke dalam tempat itu.
Aku seolah-olah disindir dan tidak diterima di situ.
Namun aku tabahkan hati,
Niat aku ingin menuntut ilmu.

Kisah bermula, tak dekat maka tak mengenali.
Aku masih keliru apa yang mereka fikirkan tentang aku,
adakah segalanya satu kepuraan dari wajah ?
mereka berpura menerima aku seadanya.
Hari ke sehari, aku diberi tanggungjawab.
Sebagai pembantu.
Jadi aku pikul tanggungjawab itu dengan amanah.
walau ada suara sumbang mengatakan aku Gila Kuasa.
Aku tuli kan Telinga!
aku hanya laksanakan tanggungjawab.

Tapi apa yang akan dirasa,
apabila semua hanya lakonan semata-mata.
Topeng muka yang sentiasa berubah-rubah.
membuat aku semakin menyampah.
dan bosan dengan DRAMA mereka.
Aku sabar hadapi,
walau didalam hati sakitnya tuhan yang tahu.

Mereka memuji didepan tetapi mengeji dibelakang.
Mereka senyum didepan tetapi sidir dibelakang.
Mereka sokong didepan tetapi menjatuhkan dibelakang.
Apakah semua ini ?
Aku masih cuba untuk bertahan selama dua tahun ini.

Dari sehari ke sehari,
aku makin mengenali sikap mereka.
Tapi tidak semua begini.
Apa yang aku cerita segelintir saja.
Berubah secara mendadak.
Dan tiada ku sangka dia bersikap begitu sekali.
Dan ini merupakan cabaran .
Kerana ini lumrah manusia .
Dan aku kena kuat hadapi semua ini.

inilah cerita yang penuh keseksaan yang kena aku hadapi.
untuk 2 tahun ini .
Semoga aku tabah hadapi ini.


No comments: