Luahan Rasa Hati

Friday, October 8, 2010

pentingkan diri sendiri..

pelik aku kenapa ada manusia,
yang saling membenci antara satu sama lain..
kenapa perlu ada rasa BENCI itu ?

sedangkan kita semua dilahirkan dalam keadaan kasih sayang.
kita patut ingat,
Allah itu Maha berkuasa.
Bila kita buat dekat orang bende jahat,
Allah akan membalasnya,
mungkin setimpal atau lebih teruk daripada itu.

"kita membenci orang, orang akan membenci kita"
ingat lah. jangan wujud rasa itu.
pupuklah, rasa kasih sayang dalam diri kita.
agar kita sentiasa bahagia,
dan tiada sifat ingin membalas dendam.

Terimalah, setiap kekurangan orang.
kerana kita pun ada kekurangan juga.
Tiada manusia yang sempurna .

Aku tahu, ada yang aku dengar membenci aku,
tak suka dengan aku.
aku ingin soal pada mereka .
apakah mereka benar3 sudah mengenali aku ?
sampai seperti itu, mereka tafsirkan.
Siapa benar3 sahabat aku,
akan tahu siapa aku sebenarnya.
Tapi jika tidak engkau, dengan senang ,
nmpk celanya sikit, mula mencaci dibelakang,

Tafsiran kau salah,
begitu cepat, tanpa mengambil masa, mengenali hati budi aku..
Alahai...
aku tak tahu nak berkata apa lagi.
"kata orang paku serpih, kata orang aku yang lebih nanti"
jadi aku hanya kata apa yang aku rasa.
sedaya upaya , aku cuba buang sikap benci membenci niey,
tapi aku nak korang ingatlah.
mungkin dulu kita sahabat,
kini tidak seakrab dulu.
tapi aku masih menganggap korang kawan aku,
kerana sekali aku mengaku kau kawan , selamanya kau kawan aku.
Itu prinsip aku...


" Namun apa yang terpenting, iaitu ketika kita ingin tidur pada waktu malam, kita sepatutnya tidak perlu menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim"


Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.

Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.

moga-moga kita dijauhi oleh rasa itu. sesungguhnya "Tiada daya dan Upaya melainkan ALLAH" aminnn..

No comments: