Luahan Rasa Hati

Thursday, February 6, 2014

Kepercayaan.


Ada benda kita rasa ianya tidak terlalu berharga.
tapi bukan senang untuk dapat kepercayaan dari seseorang.
lagi-lagi bila antara mereka-mereka kau yang terpilih mendapat kepercayaan itu. 

aku bukan tidak cuba.
aku sedang mengenali.
pagi-pagi semangat aku bangun untuk berjumpa.
sekali dihentam dengan kejam depan muka.
aku tak bersedia untuk situasi ini.
lalu aku hanya mampu senyum.
walau dalam hati Tuhan saja yang tahu.
aku tak mahu membenci.
aku tak mahu berdendam.

pengalaman telah mengajar aku.
kesilapan yang sama aku tak mahu berulang lagi.
aku mahu habiskan semuanya disini.
tapi....
ada sesuatu .
yang perlu aku pendam.
biarkan.
setiap manusia ada cara sendiri.
aku ambil baiknya sebagai teladan.
kejinya sebagai pengajaran.

terima kasih sedarkan aku tentang kepercayaan.
hendak di kurang ajar.
ilmu kamu beri
dan aku pelajari.
jadi aku harus hormat dan patuh.
titik.
aku mahu kepercayaan itu balik!


No comments: