Luahan Rasa Hati

Thursday, October 3, 2013

Yang Terbaik!


aku perasan perubahan ini .
aku lihat kelainan ini..

Bila dulu , aku belajar kat Perak , balik rumah dua minggu sekali .kadang-kadang sebulan jugak aku duduk sana , then baru dapat balik ... Nak stay dekat Kamsis kena jadi student active. Kena rajin ikut program. Duit dalam bank pun masyuk ada je sebab pinjaman diberi pada kita. Kira kaya rasa bila bukak account ada beribuannn. Tapi itulah, duduk hostel best. Sertai program itu ini, tapi bab belajar aku jadi lembab. sebab aku tak minat course tuh. Dan jenis prinsip hidup aku. aku suka buat benda yang aku suka. Aku tak boleh paksa diri buat itu ini tapi hati aku tak bahagia tika itu .. Jadi bila dah bincang dengan family and thanks God dapat parents yang memahami dan tak pernah halang mahu anaknya serta sering menyokong. Aku buat keputusan untuk berhenti belajar kat poli dan sambung study di Kolej PTPL.

Bila dah belajar kolej ni mulalah, orang bagi bad feedback . Ada kata swasta ni tak elok , tak ada masa depan. But for me, Ilmu itu ada di mana-mana. Niat kita belajar itu penting . Bukan sebab ibu bapa, bukan sebab mahu kaya. Tapi ikhlas kerana Allah . Jadi aku mahu capai cita-cita menjadi Seorang Guru . Nak tolong anak bangsa. Nak berbakti pada negara. dan Berdakwah ! jadi aku pekakkan telinga dengan kata mereka dan terus buat yang terbaik ..

Bila dah dekat belajar dekat Shah Alam memang every week aku balik . Kelas cancel awal aku dah balik rumah. Bila sering balik, aku jadi dekat dengan family. Semua benda aku tahu, Aku tak jadi ketinggalan dah 17 tahun hidup di bawak ketiak parents. Bila suruh survive susah sikit lah nak buat. So belajar dekat-dekat je. Senang! Sebab satu masa nanti , bila aku dah ada suami. Aku dah tak rasa benda ini. Aku di bahagi dua family . Ambil peluang ini .

Tapi ini cara aku, diri aku. Aku tak minta sesiapa ikut dan kata pilihan aku ini betul .Cuma mahu kongsikan rasa , kongsikan cerita. Sebab pengalaman kita berbeza dan dengan bercerita kita dapat kongsi rasa.

Selamat Maju Jaya :)



No comments: