Luahan Rasa Hati

Friday, August 2, 2013

Celaka!


Pertama kali aku terkena dengan kata-katamu sudah aku lupa, sudah aku abaikan. Tapi ternyata ianya berulang sekali lagi, kau bagi aku harapan itu ini. Janji  mahu buat itu ini. Tapi akhirnya hanya kata-kata yang terucap tanpa tindakan. Sungguh hati ini sakit sekali bila mengingati. Hendak di bahas aku malas nak dengar katamu lagi nanti hanya bikin sakit hati sebab itu aku pilih untuk diam dan memerhati. Selama mana kau mahu perlakukan aku begini. Dulu waktu kamu tiada aku mencari , rasanya kini aku sedari. Adanya kamu amat merimaskan diri, entah kenapa aku tak mengerti. Sedang aku mampu bertahun lama bersama teman yang lain, dengan kamu aku rasa begini. Tiada sebab aku mahu simpan rasa benci, sebab itu aku pilih untuk jarakkan diri bukan menjauhi.  Kita perlu sedikit ruang untuk kita rasa bahawa hidup ini  bukan hanya perlu mengenali sesetengah manusia tapi perlu luaskan hubungan agar kau tak bergantung harap pada satu manusia. Tolong sedar celaka sikapmu itu bikin aku sakit hati, malas mahu memaki sebab aku sedar diri ini juga tak sempurna mana untuk memaki hamun itu ini. Jadi sekarang kau faham kenapa aku begini sejak akhir-akhir ini?

No comments: