Luahan Rasa Hati

Sunday, May 19, 2013

manners ...



Seseorang telah sedarkan aku, bahawa apa yang sedang aku lakukan ini adalah bukan diri aku dan ianya salah sama sekali untuk pendirian aku sebelum ini. Iaitu aku melarikan diri dari masalah yang di hadapi . Aku pergi jauh , diamkan diri berlagak tenang seperti tiada apa yang berlaku sedangkan ada satu rasa ketidakpuasan hati yang disembunyikan langsung tidak diluahkan pada yang sepatutnya dan bikin diri menyimpan rasa dendam juga bikin celaka pada diri . Jadi sekarang aku rasa belum lambat untuk aku betulkan keadaan agar segalanya kembali pulih dan bikin hati aku tenang dari segala kesakitan yang dibiarkan peram di dalam hati . Maafkan aku kerana telalu mengikut emosi tanpa mengunakan akal dulu sebelum bertindak sebegitu seperti adab dalam diri telah tertanam mati . Moga masih ada peluang untuk diri ini dan persitiwa ini tidak berulang lagi. Aku belajar sesuatu dari kesilapan kali ini ...



No comments: