Luahan Rasa Hati

Friday, April 5, 2013

Pasrah dan Redha!


Kita bertiga kawan , 
seorang lelaki , 
dan dua orang perempuan . 

 si lelaki sangat baik , 
selalu ada saat kita berdua susah dan senang , 
yang sering bikin kita berdua ketawa riang , 
dan yang sentiasa beri kesenangan . 

namun soal hati itu payah , 
bila mana kita bertiga sering bersama, 
terbit rasa suka yang telah bertukar cinta, 
kau cinta dia , 
dan aku mula jatuh cinta juga sama dia , 

aku tahu perasaan kau , 
tapi kau berpura- pura . 
kau lepaskan dia pada aku , 
beri aku raih rasa itu dan kau redha serta pasrah dengan hati sendiri , 

jujurnya aku rasa bersalah , 
namun hati aku tak mahu di sakiti , 
dan kau terpaksa lihat kebahagiaan kau , 
yang dirampas oleh kawan kau sendiri . 

dan lelaki itu bertuah , 
bila mana ada hati yang mendambarkan cintanya , 
dan ada cinta yang tak terbalas . 
lelaki itu hebat kerana bikin dua kawan , 
terpaksa pasrah dan redha untuk bikin ada hati yang berjaya meraih cinta.