Luahan Rasa Hati

Friday, April 12, 2013

Mana mahu mu ?


Kau sedar kehidupan di dunia ini sementara ,
tetapi kenapa gelisah kau bila tak perolehi bahagia di dunia itu ,
seolah pengakhiran hidup ?

Kau mahu itu ini ,
tapi bila tak dapat kau salahkan takdir ,
kau hukum orang keliling ,
sampai kau lupa itu kuasaNya .

Kenapa sibuk dengan dunia sementara,
sedangkan kau tahu akan ada dunia kekal abadi selamanya yang menanti ,
jadi apa kau tunggu lagi ?
persiapkan diri untuk kehidupan seterusnya ,
yang mana situ baru kau akan rasa bahagia yang selamanya .
yang kekal abadi sampai bila- bila .

Semoga kita semua bahagia di dunia dan akhirat .
Ingatlah jangan di dahulukan dunia,
hingga lupa Akhirat menanti di sana ...