Luahan Rasa Hati

Tuesday, March 5, 2013

Penat ..


Bila rasa ini bukan rasaku lagi , aku mengalah . Aku putus asa . Senang cerita aku penat. Penat untuk merasa satu rasa yang indah tapi di jadikan hina oleh kerana seseorang itu . Aku seorang pencinta, kerana aku dihidupkan oleh cinta dan semestinya aku terus bernafas kerana cinta. Tapi bila aku sudah faham erti cinta itu , hadirnya kamu bikin aku keliru apa makna cinta sebenarnya . Penat mencari jawapan yang pasti . Penat menunggu jawapan yang entah akan tiba . Jadi aku tetap pegun dan bernafas dengan cinta . Tapi untuk aku rasa cinta itu , aku tak mampu . Mungkin masih belum masanya untuk aku rasa cinta itu . Aku hanya mampu di hulur cinta tetapi masih belum mampu untuk memberi pada sesiapa . Oleh kerana menerima ini mudah  , aku pilih untuk itu . Hingga aku tak sedar , ada cinta yang hina dihulur dan cinta yang di dustai. Tapi apa kan daya , aku perlukan huluran cinta jika tidak aku tak mampu bernafas lagi . Jadi aku harus terima saja cinta yang di hulur walau sebenarnya aku sudah penat untuk menerima dan tak sabar untuk memberi pada yang sepatutnya . Moga bila detik itu tiba , aku sudah tidak perlu menerima sebarang huluran cinta.