Luahan Rasa Hati

Wednesday, March 13, 2013

Mungkin...



Dulu aku minta Tuhan jauhkan kita,
dan aku fikir Tuhan tak makbulkan doa aku,
memang dulu setelah berakhirnya semua,
kita pergi dengan haluan masing-masing,
namun tentang kamu tak pernah aku lupa,
tapi setelah aku di belengu satu dilema,
aku kembali di suatu tempat yang akhirnya ,
kamu jua menetap disitu,
aku fikir Tuhan mahu dekatkan kita semula,
namun kenyataan aku salah,
Tuhan sudah makbulkan doa aku,
dan kau kini jauh.
walau zahirnya kau depan mata,
tapi hati kau sudah jauh dari aku,
dan aku ...
kena terima kenyataan itu walau perit,
namun ini yang aku mahu.
dan Tuhan telah memberinya.

dan untuk keberapa kalinya,
aku menyesal dengan keputusan sendiri....