Luahan Rasa Hati

Monday, May 21, 2012

perjalanan ini ...



Aku berjalan merentasi laluan yang berliku , 
macam-macam simpang yang aku temui dan tak mahu aku rempuhi , 
jadi aku terus berjalan mengikut arus masa... 

dalam perjalanan ini , 
aku berjumpa seseorang , 
seseorang yang sentiasa buat hati aku berbunga , 
seseorang yang selalu buat aku tak mampu lelapkan mata . 
seseorang ini jugalah yang telah mengajar aku erti cinta . 

namun ianya sungguh misteri , 
cerita kami sungguh misteri, 
seperti perjalanan ini , 
yang aku tak tahu apa yang ada di hadapan sana . 

Tapi aku suka akan ini , 
sesuatu yang misteri , 
sesuatu yang buat aku berfikir. 
sesuatu yang susah di fahami oleh org lain .
sebab aku sendiri suka akan sesuatu yang misteri . 

jadi apa yang ingin aku katakan ,
yang aku ingin simpulkan . 
bahawa perjalanan ini sama seperti perhubungan ini , 
yang misteri , yang masih samar-samar . 
oleh itu aku hanya mengikut arus masa, 
mengikut kehendak takdir . 
jika apa-apa yang berlaku pada masa akan datang . 
moga aku mampu laluinya ... 
kerana sesuatu yang misteri itu , 
pasti banyak kejutan yang akan terjadi ..... 

No comments: