Luahan Rasa Hati

Tuesday, May 24, 2011

Terjumpa sepucuk surat cinta...

Fallen Star

Dengan tidak sengaja, aku membaca setiap bait-bait ayat yang diluahkan.
cuba selami perasaan dan jiwa si penulis.

Malangnya rasa itu terlalu indah untuk di ceritakan.
akan tetapi jiwa ini mendapat satu hentaman yang kuat.
menyedarkan aku tentang angan-angan cinta.

Kisah cinta mereka terlalu suci dan indah.
namun yang sedihnya surat yang mulanya aku fikir sebuah permulaan.
adalah surat untuk terakhir kali nya..

P: Saya dah lama berfikir pasal ni sebenarnya. InsyaAllah, inilah masanya. Hmm, awak.. Mungkin ini saatnya untuk kita berpisah... kerana Allah. Saya nak buktikan kepada Allah, yang saya lebih sayangkan Allah, lebih dari segalanya.

L: Kerana Allah kita berjumpa, kerana Allah juga kita berpisah. Kita hanya ciptaan-Nya, memang patut kita sayangkan Allah lebih dari apapun. Saya setuju kalau semua ini kerana Allah. Awak, mungkin ini berat untuk awak, saya pun terasa berat juga. Tapi sebagai hamba, kita mesti berusaha untuk mencari keredhaan-Nya, kita mesti berkorban. Awak doalah banyak-banyak.. InsyaAllah, kalau kita ada jodoh, Allah akan pertemukan kita kembali. Simpanlah air mata tu. Assalamualaikum. Jaga diri baik-baik ye, awak...

Kali ini, biarlah aku mencintai dan merinduinya dalam diam. Biarlah aku memendam kerinduan dan cintaku terhadapnya sehingga sampai waktunya. Jodoh itu ditangan Allah. Aku tidak akan berputus asa. Aku akan berdoa semoga dia adalah untukku, InsyaAllah...

Surat itu berakhir dengan sebaris ayat Al-Quran yang suci.

Surah At-Tawbah, ayat 40 yang bermaksud:
"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.

*kini aku faham, cinta tak semestinya diluahkan. cukup untuk kau pendam, dan biar antara kau dan Tuhan tahu tentang rasa ini. Dan jika aku pergi kembali kepada illahi dengan rasa ini. Aku membawa satu taruhan yang besar di sisinya. Kerana aku berjihad dengan hati ku sendiri.

Jadi pada detik ini, aku belajar sesuatu setelah terjumpa surat cinta yang tidak diketahui asalnya. Mungkin Tuhan mahu memberi pentunjuk.....


No comments: