Luahan Rasa Hati

Wednesday, May 4, 2011

diam-diam mencuri bahagia...


kesabaran telah lama terbuku,
aku simpan dalam-dalam,
sebab aku tak mahu,
kemarahan menghantui diri ini.

aku cuba untuk tidak peduli,
tapi semakin aku diam.
semakin kau mencabar jiwa aku.

kau bawa pergi,
kau ragut semua.
kebahagiaan yang pernah aku perolehi dahulu,

adakah ini satu balasan,
atau balas dendam dari jiwa kau,
atau sebenarnya kau mahu menunjuk pada semua bahawa ,
itu diri kau yang sebenar.

jiwa, sekarang.
terlalu terseksa.
aku terpaksa tempuh.
satu cabaran.
namun aku bersabar.
hanya tinggal beberapa bulan lagi.
dan akhirnya aku bebas dan boleh melupakan,
semua kenangan di situ.
tak mahu satu aku bawa memori yang menyeksa jiwa.

sabar, tabahkan hatimu.
ayuh bangkit.
untuk berjuang demi masa depanmu.
peduli persekitaranmu.
hanya pandang kejayaan di depan mu itu..


No comments: