Luahan Rasa Hati

Monday, May 30, 2011

Kenapa merosak hati dengan kebenciaan?

I'm On The Road To Love. ♥

Benci, dendam, iri hati, dengki.
kenapa perasaan ini wujud?

ianya akan wujud apabila kita membandingkan kelebihan,
orang lain dengan diri kita sendiri.
Namun, mengapa harus membuang masa.
memikirkan apa yang orang lain miliki,
daripada bersyukur dengan semua yang kita ada.

Jangan kita rosakkan jiwa dan hati.
dengan perasaan itu.
Akan tetapi ini lumrah.
aku sendiri pernah merasainya hingga ke hari ini.
tapi kita boleh berusaha mengelak rasa itu.

dengan berkasih sayang antara sesama manusia,
menghargai segala kelebihan orang lain.
melupakan sikap yang kurang senang tentang orang itu.
atau kita boleh diam dan tidak ambil tahu tentang orang itu.

jauh dari orang itu.
kerana takut bila dekat rasa benci dan dendam akan hinggap dalam hati.

Jalani kehidupan kita dengan,
kebahagiaan,
ketenangan,
dan senyuman.
kerana Hidup di dunia hanya sekali.
jangan kita membencinya.
banyakkan amal ibadah dan sifat yang terpuji.

insyallah :)

No comments: