Luahan Rasa Hati

Wednesday, May 18, 2011

aku berada di antara kalian...

dont speak.

sekeliling aku.
banyak cerita tentang jiwa dan perasaan.
aku cuba untuk membantu.
namun aku rungsi jika aku sendiri yang tertindas.

banyak masalah tentang kawan terjadi.
aku turut simpati.
dan berharap agar aku dan kawan-kawan aku masih boleh senyum antara satu.
malang tak bertempat.
bila aku tak tahu nak menjaga kata-kata.
bagi aku ianya cukup manis.
tapi manusia berbeza minda.
ada yang faham, ada yang terkesan.

hati letaknya di dalam.
kau tak nampak apa yang cuba di sampaikan.
kadangkala aku berusaha.
menunjukkan rasa dan perasaan ketika itu.
cuma kau tak tahu dan salah faham..

keikhlasan diri.
kita tak dapat tunjuk.
ini hanya antara kita dan Tuhan.

sedaya upaya aku menjadi yang terbaik.
kita hanya manusia.
tak akan lepas dari salah dan silap.
aku penat berusaha ke arah diri kau.
kerana bagi aku, tawar hati susah nak hapuskan.

biar aku berada di antara kalian.
dan duduk diam.
memahami cerita yang ingin disampaikan.
walau dalam hati.
niat untuk membantu itu ada.....

*cuma aku belum mampu untuk bertindak ketika itu...


No comments: