Luahan Rasa Hati

Wednesday, March 9, 2011

Tekanan perasaan ..

A flying DeLorean?!

dulu masa jadi si kecil .
hanya satu perasaan yang aku mahu.
iaitu kegembiraan serta keseronokan yang tiada akhirnya.

tapi itulah.
ini sebuah perjalanan kehidupan.
cerita ada mula dan akhirnya.
begitu juga hidup ini .
usia akan meningkat dari semasa ke semasa,
tak sedar sekarang aku dah dewasa.

aku ingat jadi dewasa ini senang.
dulu berangan nak cepat2 membesar.
tapi silap.
ianya membebankan.

namun inilah kehidupan.
bila jadi si kecil mahu menjadi si tua.
bila jadi si tua mahu kembali menjadi si kecil.
manusia tidak pernah puas dengan mahu diri.

kalau boleh,
aku mahu ada satu sahaja perasaan.
iaitu BERSYUKUR dengan apa adanya.
supaya aku tak merasa,
sedih,
marah,
kecewa,
sunyi,
dan segala macam perasaan.

aku tertekan.
dengan perasaan yang bermain di minda.
kalau ade satu perasaan BERSYUKUR itu,
mungkin aku tidak akan tertekan sebegini.

Tapi,
aku masih boleh kawal perasaan ini .
cuma aku takut.
bila aku tak dapat kawal rasa itu.

takut jadi GILA !
YA ALLAH jauhkan itu.

" Sesungguhnya segala yang kau beri ini,
kau tahu aku mampu hadapinya..
Pinjamkan aku Kekuatan dari - Mu ... "




No comments: