Luahan Rasa Hati

Monday, February 21, 2011

Tuhan Itu MAHA BERKUASA...

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)

Im a Muslim - The Prophet Mohammad Said
aku sentiasa pegang surah di atas itu,
setiap cubaaan yang datang,
adalah untuk menguji keimanan aku,
kadang-kadang ujian yang datang itu,
berkait rapat dengan apa yang aku dakwahkan,
benar Tuhan itu Maha berkuasa,
DIA akan menguji kita,
sama ada apa yang kita lakukan dan sampaikan itu ,
hanya tugasan atau memang kita sendiri mengelaknya.

Syukur,
aku masih diberi peluang,
untuk kembali ke pangkal jalan...

Untuk apa aku kembali kepada kemungkaran,
itu satu silap besar dan amat rugi sekali,
jadi kita punya akal,
boleh fikir baik dan buruk sesuatu perkara itu,

Kita sendiri pilih,
cara kehidupan kita,
samaada berlandaskan agama atau sebaliknya..

Mudah-mudahan kita tidak tersilap memilih ...

No comments: