Luahan Rasa Hati

Saturday, January 22, 2011

saat untuk aku bangun semula...

In order to see the rainbow, you have to learn to handle the rain :) picture on VisualizeUs

Satu suara mengejutkan aku,
Daripada mimpi yang suram,
Suara itu mengajak aku pergi,
aku menuruti,

dia menyedarkan aku tentang sesuatu,
iaitu kegagalan.
Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya,
memang sakit bila dikecewakan,
namun tak bermakna berakhirnya sebuah kehidupan ,

aku kena kuat, gagah dan berani,
hadapi semua ini,
Hidup tanpa perasaan akan kosong,
belum semua rasa,
telah aku hirup,
namun yang pasti,
aku akan tabah hadapi itu...

Kadangkala Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat.
Kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana menghilangnya sinar.
Rupa-rupanya Allah mahu hadiahkan kita pelangi.




No comments: