Luahan Rasa Hati

Tuesday, December 14, 2010

Manusia boleh berubah sekelip mata ..

Tumblr
Kenapa kau berubah sebegini sekali ?
Kau biar betul?
Muslimahnya..
Tak nak join kami dah ke ?
Tutup semua, dah macam ustazah je tahu.
Jangan bajet Alimlah ! dulu kau macam kami juga!
Kau ingat kau baguslah sekarang ?


Aku pasti pertanyaan sebegini akan keluar,
Aku berubah demi kebaikan aku sendiri.
Aku tak meyusahkan siapa serta menganggu sesiapa.
Jadi tak perlu kau mengata atau mempersoalkannya.
Cukup kau mendoakan aku.
Itu saja aku harapkan.

A blog of nothingness
Tapi tak perlu sampai kita berubah
menjadi orang lain.
Dan kita berpura-pura.
Dengan harapan orang akan pandang perubahan kita.
Tapi ianya tidak datang dari hati yang ikhlas ...

Aku berubah, memerlukan masa.
Untuk tunggu jadi benar-benar baik.
Ianya bukan senang,
Tapi aku mencuba,
Supaya aku biasa,
hingga perubahan itu benar-benar jujur dari dalam diri.

Kini aku dapat terima perubahan diriku ini.
Aku selesa begini,
jiwa aku tenang.
Benar dengan hanya Mengingati ALLAH SWT,
Jiwa kita akan tenang. ALHAMDULILAH..
Sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa membantu aku,
Membuat aku lebih semangat serta beryakinan untuk berubah.

Scars and Souvenirs
Namun tak semua orang akan suka pada kita bukan ?
Dalam kehidupan pasti ada yang cuba menjatuhkan kita.

Ini yang aku lalui,
Disaat aku benar-benar semangat.
di dalam sebuah kumpulan.
namun ada yang memandang rendah pada aku,
hanya kerana kisah silam aku yang dahulu.
Aku mengaku, aku sedar siapa aku yang dulu.
Tapi aku masih diberi kesempatan untuk berubah.
Namun kenapa kau memandang rendah pada
perubahan aku ini.

Sepatutnya kau berbangga kerana daripada dakwah kau,
Aku berubah sebegini,
Aku bangga melihat kau.
Tapii...

Tumblr
Itulah manusia, pantang melihat kelebihan orang lain,
Pasti timbul rasa iri hati itu.
Aku tidak mahu membenci,
Kerana bagi aku untuk apa?
ianya merosakkan ukhwah antara kita.
Aku masih boleh bersabar...

Satu pinta aku pada kalian yang tidak mengenali diri aku
lebih dekat,
TOLONG jangan menilai diri aku dari luaran,
Kerana kalian tak nampak bahawa setiap orang
Ada kebaikan dalam dirinya....

No comments: