Jalan Cerita...
Perempuan Emosi , Jiwa Sentimental dan sangat Pelik ...
Luahan Rasa Hati
Tuesday, February 25, 2014
Berlari, sembunyi, sendiri..
Aku mahu pergi jauh seketika dengan keliling ku sekarang.
ke tempat yang asing.
yang aku tak ketemu sesiapa yang aku kenali.
aku mahu sendiri menangkan hati.
mencari kebahagiaan diri.
kalau dapat sehari pun sudah cukup.
tapi ...
ada banyak kekangan.
aku perlu kenderaan.
aku perlu kewangan.
aku perlu kebenaran.
kerana aku masih dalam tanggungan.
dan pasti.
ayahku susah memberi perlepasan..
jadi
aku sendiri.
di sini .
menghabiskan waktu cuti .
di syurga dunia.
bersama keluarga tercinta.
Saturday, February 8, 2014
Skinny Love ~
untuk 3 hari itu.
kenangan yang tak dapat aku lupa tentang kita.
3 hari itu.
aku kenal kau.
aku tahu isi hati kau.
aku jatuh jatuh suka.
yang kini.
bikin aku patah hati.
kerana kenangan 3 hari itu asyik berbelenggu.
kerna itu aku pilih untuk sembunyi dan jauh dari kau.
dan untuk 3 hari itu.
akan tetap aku kenang,
sebagai kenangan terindah...
"And I told you to be patient,
And I told you to be fine,
And I told you to be balanced,
And I told you to be kind,
And now all your love is wasted,
Then who the hell was I?
'Cause now I'm breaking at the britches,
And at the end of all your lines."
Thursday, February 6, 2014
Kepercayaan.
Ada benda kita rasa ianya tidak terlalu berharga.
tapi bukan senang untuk dapat kepercayaan dari seseorang.
lagi-lagi bila antara mereka-mereka kau yang terpilih mendapat kepercayaan itu.
aku bukan tidak cuba.
aku sedang mengenali.
pagi-pagi semangat aku bangun untuk berjumpa.
sekali dihentam dengan kejam depan muka.
aku tak bersedia untuk situasi ini.
lalu aku hanya mampu senyum.
walau dalam hati Tuhan saja yang tahu.
aku tak mahu membenci.
aku tak mahu berdendam.
pengalaman telah mengajar aku.
kesilapan yang sama aku tak mahu berulang lagi.
aku mahu habiskan semuanya disini.
tapi....
ada sesuatu .
yang perlu aku pendam.
biarkan.
setiap manusia ada cara sendiri.
aku ambil baiknya sebagai teladan.
kejinya sebagai pengajaran.
terima kasih sedarkan aku tentang kepercayaan.
hendak di kurang ajar.
ilmu kamu beri
dan aku pelajari.
jadi aku harus hormat dan patuh.
titik.
aku mahu kepercayaan itu balik!
Saturday, January 11, 2014
Jodoh pasti bertemu !
Sejak dua menjak ini.
fikiranku ...
dibelenggu dengan perkara soal jodoh,
hatiku ...
berdebar-debar saat dia disisiku.
tapi bila berfikir panjang,
masih banyak yang aku mahu lakukan,
mahu membalas jasa ibu bapa,
mahu mencapai cita-citaku.
bukan mahu di kata.
jika kita bersatu .
ianya akan membantutkan segala impianku.
cuma ianya jadi satu tanggunjawab yang lebih berat.
jadi bagi aku masa.
perjalanan dia juga masih jauh.
kita berdoa padaNya,
agak pelihara hati kita.
jika kita bersedia.
biarlah ikatan halal jalan pengakhirannya ...........
Sunday, January 5, 2014
Asssalamualaikum 2014 ...
Tahun baru,
Jiwa baru,
Semangat baru.
Aku mahu buang segala rasa yang menyerabutkan kepala.
Aku cuma mahu fokus pada satu perkara.
Akhirat!
kerna rasa yang serabut ini.
hanyalah dunia, dunia ...
lebih baik.
aku kumpul pahala.
berjuang demi agama.
dan bersahabat dengan mereka yang memberi aku semangat untuk berubah.
dan mengingatkan aku tentang akhirat.
kali ini.
aku jadi penting diri.
aku mahu berkawan dengan mereka yang memberi manfaat.
dan terus berada disisi saat susah dan senang.
Cita-cita harus ku capai.
Cinta harus ku pendam.
sayang harus berkekalan.
dendam harus di padam.
Selamat Menjalani Tahun baru dengan azam baru.
hidup perlu pandang kehadapan.,
kisah lama kita padam dan jadikan teladan.
Bismillahirahmanirahim ......................
Thursday, December 12, 2013
#Emosi 1
Aku!
tahu kau sakit pendam kata-kata tak terluah.
Kau!
tahu aku tunggu kau mulakan semula rasa itu.
Aku!
sudah penat dengan segala rasa sakit hati yang di pendam selama ini.
Kau!
sudah tak tahu apa silap diri rasanya tiada salah apa-apa.
Aku!
pilih untuk diam.
Kau!
pilih untuk pendam.
Hingga nanti satu masa.
aku tahu .
aku yang akan mulakan semula.
dan kau .
akan tetap bikin aku rasa.
semua ini salah aku.
silap aku.
dan kau menang dengan riang.
terima kasih !
Monday, December 9, 2013
Ya Rabb !
Tuhan.
Sungguh hatiku ini sedang dilamun cinta .
pada si dia .
hamba ciptaanMu.
Namun aku tahu,
rasa ini salah.
aku tak perlu hanyut dengan rasa sia-sia ini.
Tunjukkan ku Jalan Ya Allah.
Bersihkan hatiku ini Ya Allah.
Jika benar dia tercipta untukku.
satukan kami.
dengan ikatan yang halal.
untuk detik ini.
biarkan aku lawan rasa hati.
berjihad memendam rasa.
kerna aku tahu.
kau mendengar Doaku ini...
Amin Ya Rabbal Alamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)